Showing posts with label Set pengurusan uri. Show all posts
Showing posts with label Set pengurusan uri. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

Cara Mengazankan dan Iqamat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, kelahiran cahaya mata amatlah dinantikan oleh setiap pasangan berkahwin. Setelah 9 bulan isteri mengandung, kini tibalah detik-detik cemas yang ditunggu-tunggu. Mane tak nya, selama ini asyik menendang sahaja dari dalam perut, kini dia dah pun keluar.

Bayi baru lahir ibarat kain putih yang suci bersih. Jadi kita sebagai ibu bapa yang sebenarnya ramai terlupa, bahawa anak itu satu amanah yang pertanggungjawabkan oleh Allah di mana kitalah yang wajib untuk mendidik dan membesarkan anak mengikut cara kita sendiri ibarat mencanting corak yang indah pada kain putih itu.. Itulah yang sebaik-baiknya.

Mengazan dan mengiqamat anak tanggungjawab pertama seorang bapa sebaik-baiknya atau waris, sebagai simbolik memperdengarkan kalimah Allah yang agung sebagai perkara pertama yang kedengaran di telingan bayi. Azan yang mengagung-agungkan kebesaran Allah dan mengajak umat Islam ke arah kejayaan. Dan sebegitu lah hendaknya harapan kita sebagai seorang ibubapa yang menginginkan kejayaan anak di dunia dan akhirat.

Mengazan dan mengiqamat anak adalah perkara sunat yang boleh dilakukan setelah selesai sujud syukur atas tanda bersyukur akan kelahiran bayi (yang juga perkara sunat). Pegang bayi dan dakap pada dada. Azan pada sebelah telinga kanan dan kemudian iqamat pada sebelah telinga kiri. Lakukan dengan suara lembut dan sederhana kuat agar tidak menyebabkan bayi terkejut. Juga digalakkan untuk menghadap ke arah kiblat. Sekiranya para bapa atau waris tidak tahu arah kiblat, boleh lah bertanya kan pada jururawat atau nurse, mereka biasanya tahu tentang itu.

Setelah selesai azan dan iqamat, boleh la ditambah dengan surah al-ikhlas


Dan seterusnya doa kelahiran bayi seperti berikut




Begitulah cara ringkas cara mengazankan dan mengiqamatkan bayi baru lahir untuk panduan semua.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk menguruskan uri anak anda boleh menghubungi saya pada WhatsApp link di bawah 

😊😊 Selamat Menyambut Kelahiran Bayi 

http://www.wasap.my/+60193535052 





Wednesday, May 1, 2019

Sabun Bidara Natural and Homemade Eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz



Bidara sememangnya tidak asing lagi sebagai tumbuhan yang memberikan 1001 khasiat kepada pengguna dan pengamalnya. Bidara sering kali digunakan dalam perubatan islam bagi mengelakkan dari gangguan sihir, jin dan syaitan. Selain itu juga, bidara ternyata memberikan hasil kulit mulus dan cantik dek kerana khasiatnya untuk merawat jerawat dan kulit kering. Bau bidara juga mampu menjadi rawatan terapi relaxing untuk mereka yang sering stress, penat dan bermasalah.

Bidara sebenarnya bukanlah hanya terkenal sebagai tumbuhan yang berkhasiat dalam tradisi melayu. Hebatnya pohon bidara juga ada disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Malah terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang penggunaan daun bidara.

Hadis Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).


Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).

Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.

Hadis ‘Aisyah bahawasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa salam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :

تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.

“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)

Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.

 Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”

(HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan disahihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187

Begitulah cerita-cerita tentang khasiat sabun bidara yang kita bawakan eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk kegunaan membersihkan dan menghilangkan bau hanyir darah di tangan mahupun kawasan yang terkena darah sewaktu proses pembersihan uri. Eksklusif sangat kan...? Hanya dengan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Ianya homemade dengan kandungan natural tanpa SLS. 


Kalau rasa tak puas baca khasiat tentang bidara nih, boleh la terus google tentang khasiat-khasiat bidara. Ada yang sayang nak pakai sabun nih, sebab bau wangi sangat!!

Dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz eksklusif dengan Sabun Bidara Homemade and Natural 😍😍😍





Monday, April 29, 2019

Tuesday, October 8, 2013

Video Menanam Uri Bayi




Assalamualaikum... video di atas adalah ihsan seorang insan yang sudi share cara2x beliau menguruskan uri bayi beliau di You Tube. 

Sememangnya Set Pengurusan Uri Papa Harraz menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang diperlukan untuk menanam uri bayi seperti mana yang digunakan dalam video di atas.

Lengkap daripada sarung tangan latexx, asam, garam, kain putih berbentuk bag dan boleh diikat. Disediakan juga sabun bidara untuk menghilangkan bau hanyir darah yang dipercayai sejak zaman datuk nenek kita dapat menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

Dan yang paling penting sekali, Set Pengurusan Uri Papa Harraz turut menyediakan panduan yang lengkap, teratur dan padat dari A to Z serta larangan khurafat yang perlu dijauhi sewaktu menanam uri.

Untuk urusan pembelian Set Pengurusan Uri Papa Harraz, boleh whatapp terus
 019-3535052 Yun
Atau click sahaja link di bawah


http://www.wasap.my/+60193535052



Tuesday, April 3, 2012

Beli Set Uri Borong

Peluang dan Untung Berniaga Barang Bayi


Assalamualaikum. Di zaman yang serba mencabar ini, masing-masing berlumba untuk mencukupkan keperluan hidup bersama menaikkan taraf ekonomi keluarga masing-masing untuk hidup lebih teratur insyaAllah.

Dan seperti yang dijanjikan olehNya sebahagian besar rezeki datang dari perniagaan. Percayalah tiada sebarang produk pun yang kita tak boleh jual. Melainkan kita sendiri malas, maaf yang tuh kami tak boleh nak tolong.

Dikesempatan ini, Set Pengurusan Uri Papa Harraz ingin membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjual set pengurusan uri kami yang sememangnya telah bertapak sejak tahun 2011 lagi. Set pengurusan uri yang lengkap, mudah dan menepati syarak dengan manual yang lengkap, dengan packaging yang lebih eksklusif, harga yang kompetitif dan usaha dari pihak kami untuk menggiatkan aktiviti komersial produk insyaAllah dapat membantu Set Pengurusan Uri Papa Harraz ke tahap yang lebih baik.

Pihak Set Pengurusan Uri Papa Harraz bersiap sedia untuk memenuhi order dari pihak tuan/puan pada bila-bila masa dan akan menyenaraikan agent-agent yang terlibat dalam usaha penjualan set pengurusan uri di muka depan Facebook Page dan Website kami bagi memudahkan carian pelanggan.

Jadi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz dengan harga borong, untuk peniaga kedai barangan bayi, peniaga online barangan bayi, jururawat, bidan, tukang urut, mereka yang tinggal berdekatan dengan hospital bersalin atau sesiapa sahaja.. sila lah berhubung dengan kami di link seperti di bawah




Bantuan pengiklanan seperti flyer akan diberikan kepada peniaga yang berminat dan kami menyokong penuh usaha agent untuk memasarkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Jangan lepaskan peluang mudah untuk berniaga bersama kami =)

Sunday, February 12, 2012

Set Pengurusan Uri Papa Harraz

Set Pengurusan Uri Papa Harraz lengkap, mudah dan mengikuti syarak. Set pengurusan uri ini lengkap dengan barang-barang keperluan untuk membersihkan uri bayi seperti berikut:

  1. Beg Kain Putih berjahit dan bertali siap sedia untuk diikat
  2. Sarung Tangan Latexx- pakai dan buang selepas dibersihkan
  3. Apron Pakai Buang- pakai dan buang selepas dibersihkan
  4. Asam- untuk membuang bau hanyir darah
  5. Garam- untuk membuang hanyir darah
  6. Tuala
  7. Sabun Bidara (telah digunakan sejak turun temurun dari zaman dahulu bagi mengelakkan dari gangguan sihir, jin dan syaitan)
  8. Manual Penggunaan (lengkap dengan cara-cara membasuh dan menanam uri serta perkara-perkara khurafat yang perlu dielakkan)


Set Pengurusan Uri Papa Harraz ternyata membantu para bapa lebih mudah untuk menguruskan uri bayi mereka. Alangkah baiknya jika para bapa mengambil peluang dan pengalaman menguruskan sendiri uri bayi. Bukannya senang nak dapatkan peluang ni...



Buah jambu di bawah tangga,
Buah kelapa di hujung desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau urusan pembelian melalui whatsapp. Click pada di bawah ye...



Dapatkan segera untuk keperluan diri sendiri, hadiah untuk para suami dan bakal ibu bapa, hadiah untuk majlis baby shower, hadiah melawat bayi dan sebagainya.