Sunday, January 19, 2014

Jamu Paling Best Lepas Bersalin

Hari ini dengan rase rendah diri saya sebagai mummy anak satu yang brestfeeding anaknya 2 tahun nak berkongsi pengalaman tentang jamu yang paling best selepas bersalin.

Sebelum tuh..mari saya story sket.. Selain beli pakaian bayi..benda yang paling saya teruja untuk beli waktu pregnant adalah set selepas bersalin as known as jamu. Maklum la badan dah mengembang waktu bersalin..kembang sane..kembang sini.. nak la kembali semperti zaman dara gitu..

Jadi saya pon pegi satu toko jamu nih...zasss...zasss..zass...beli satu set yg meriah dgn param..jamu utk mkn...siap minuman ape lagi tuh.come together wit bengkung sume.  ape tidaknye..siapa yang xnak cantk menawan kan?? Harga xyah tanye la...memang atas rm300. Dah siap beli tuh letak kt tempat mudah dinampak supaya senang tak terlupa nak bawak balik kampung time pantang nanti..

Dan ape hasilnye???!! Kesemua jamu tuh dah pon selamat dalam bakul sampah..expired. La...kenape x makan?? Menangis kan??!! T-T beli banyak dan mahal2x, akhirnye..ke bakul sampah. Semua nya sbb baby saya tak serasi dgn jamu tuh..terlampau panas dan wat kan diye cirit birit kalu saya mkn jamu tuh.. sedey kan?? Saya kan breastfeeding mum.. Jenis jamu tuh biarlah saya rahsiakan shj sbb mungkin jamu tuh tak sesuai utk anak saya je.


Jadi saya nasihatkan pada ibu2x yang bercadang utk menyusukan anak selepas bersalin berfikirlah sebelum beli jamu.. Memang ada banyak jamu di pasaran nih...yang boleh sebabkan baby tak selesa perut. Tengok kat paket or box jamu tuh adakah sesuai untuk ibu menyusukan bayi.. atau anda akan jadi seperti saya yang kerugian.



Sayang nya waktu tuh..saya tak bertemu lagi dengan Shaklee. Shaklee ada menyediakan supplement yang tak menggangu perut bayi tapi still dapat mengembalikan kecergasan ibu selepas bersalin. Saya makan Shaklee bila badan dah rase letih2x, time anak dah umur setahun lebey..mungkin sebab tak mkn jamu langung..huhuhuhuu.. Hasilnya memang best selain dapat menambahkan susu badan.

Andai kata anda nak cuba jugak pakai jamu yang sapu2 badan..sewaktu breastfeeding..boley la beli yang paket2 berasingan. Macam param ke..ade jugak yang paket2x kecil tau.

Meh kita sambung semula pasal Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee mengandungi 3 supplement asas utama.. Set supplement nih juga dikenali sebagai set kecergasan badan dan boley gak dimakan oleh suami, mak , ayah anda tau. So kiranya...tiada istilah pembaziran malah boley dikongsi bersama.

Okay..3 supplement tersebut adalah

  • Vitalea- iaitu multivitamin yang membantu ibu kekal bertenaga sepanjang berpantang dan menguruskan kerja rumah yang ringan.
  • Vitamin B complex - dapat membantukan mengawal emosi ibu supaya ibu sentiasa tenang dan juga dapat mengurangkan stress
  • Vitamin C -membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak serta mencantikkan kulit
Selain tuh ada juga supplement tambahan yang disyorkan untuk ibu selepas bersalin seperti
  • Zinc Complex - berupaya mempercepatkan lagi penyembuhan luka seperti anda makan minyak ikan haruan
  • ESP - minuman kesihatan berasaskan soya yang memberi tenaga dan juga untuk kecantikan muka dan memeriahkan lagi susu badan. Selain tuh juga..ESP memang mengenyangkan jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet lepas bersalin.
  • Alfalfa - atau dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan bertindak sebagai milk booster serta mempunyai manfaat spt: menyingkirkan lemak dan kolestrol, melegakan keletihan, mencuci hati, darah dan usus, melawan alahan dan byk lagi.


Jadi kepada bakal-bakal ibu dan bapa sekalian..sila ambil perhatian ye. lebih baik beringat sebelum terkena spt saya.

Kepada mereka yang berninat utk mendapatkan Set Bersalin Shaklee bersama-sama Set Pengurusan Uri Papa Harraz of coz...just 

WhatsApp / SMS / Call
yun 019-3535052











Wednesday, January 8, 2014

Pertama kali nak jadi bapa


Kehamilan pastinya akan menjadi satu perkara dan pengalaman indah yang dilalui oleh pasangan suami isteri sekiranya diharungi bersama-sama dengan nilai kasih sayang dan penuh penghargaan antara satu sama lain serta pihak suami isteri pandai memainkan peranan mereka masing-masing. Namun begitu, ada segelintir pihak suami tidak begitu memahami dan ada yang mengatakan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu isteri kesayangan mereka walaupun jauh di sudut mereka, berasa kasihan melihat isteri kesayangan mereka keletihan sewaktu melalui proses kehamilan.
Jangan risau…artikel ini takkan memeningkan kepala anda dengan tulisan yang meleret-leret, berat dan sarat untuk difahami oleh para suami. Sebab sememangnya kebanyakan lelaki memang sukakan sesuatu yang ringkas, padat dan hopefully zasss…masuk ke kepala..terus ke hati dan mudah dipraktikkan. Apa yang akan anda baca sebentar lagi kebanyakan adalah tanggungawab sebenar yang harus ditunaikan oleh suami dan artikel ini hanya bertujuan sebagai peringatan dan penambah perasa bagi mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Wahai suami ku sayang…

*****Sewaktu Kehamilan******
-Belikan baju yang sesuai untuk isteri yang mengandung supaya mereka senang utk keluar bekerja atau bersiap-siar dengan selesa dan paling penting menutup aurat.
-Bersama-sama mencari pilihan nama-nama yang baik untuk bayi yang bakal lahir
-Berbelanja dan bersama-sama menyediakan kelengkapan bayi seperti baju, katil dll
-Bersama-sama membaca surah-surah pilihan untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah
-Teman isteri pergi check up dan happening kan sket klinik kesihatan yang memang bosannn tuh
-Cuba dan usaha utk sediakan atau cari makanan yang diidamkan isteri
-Sentiasa alert dgn tingkah laku isteri..memang mereka kadang-kadang nampak cergas dan okay je nak wat ape-ape mcm driving ke tempat kerja..buat kerja rumah.  Tapi cuba anda bantu..contoh buat kerja rumah, pasti mereka akan tersenyum lebar
-Jika ada duet extra..boley lah belanja sket utk sertai prenatal class


******Menjelang Kelahiran dan Sewaktu Proses Kelahiran******
-Pastikan kenderaan anda “sihat”, sentiasa cukup minyak dan boley sampai ke hospital bersalin
-Make sure bawak ni ke hospital sewaktu nak bersalin:
+ ic suami isteri
+ kad merah
+ bag yang disediakan utk bakal ibu dan baby
-Ingat..anda perlu lakukan proses pendaftaran isteri anda utk masuk ke hospital.
-memaafkan isteri dan berdoa agar dipermudahkan proses kelahiran
-menemani isteri di bilik bersalin
-Bagi air dan kurma utk tenaga isteri sebelum masuk ke bilik bersalin
-Terima je lah sekiranya kena marah ke…dipicit ke…digenggam sekuat hati ke..sewaktu isteri bersalin. Redha….

*****Selepas Kelahiran*******
-Mengazan atau iqamah kan bayi
-ucapkan terima kasih plus jangan lupa I LOVE YOU pada isteri
-menguruskan proses pengambilan uri dari pihak hospital dan jangan lupa urus dan tanam dengan baik
-pastikan kenderaan “sihat” untuk bawa isteri dan baby balik ke rumah atau pulang berpantang ke kampung
-Menguruskan proses pendaftaran sijil kelahiran bayi dan seharusnya dah riki awal-awal dimana pejabat pendaftaran berdekatan.
-Menamakan bayi dengan nama yang baik

*****Sewaktu berpantang*******
-Jika berpantang di rumah sendiri, pastikan jaga isteri dan jgn benarkan isteri lakukan kerja rumah (maksudnya suamila yg kena buat kerja rumah..walaupun isteri ada di rumah)
-makesure dah ada tukang urut utk berurut jgn lebih dari seminggu lepas lahir
-sediakan air mandian utk isteri dan bayi. Biasanya isteri akan mandi air herba. Yang nih kena riki sket. 
-Belikan set supplement tak kira lah yg tradisional atau modern yang sesuai utk isteri bagi memulihkan kesihatan. Juga harus riki yang best2x utk isteri..tapi jgn la pulak pandai2 je pilih…tanya dulu ikut kesesuaian isteri
-Jaga anak yang lain dan cuba alihkan perhatian mereka dari ibu mereka yang ingin berehat walaupun mereka memang manja dengan ibu.
-Jika isteri berpantang di kampung, jgn lupa selalu telefon bertanya kabar walaupun sibuk mana anda tuh

Itu sahajalah yang sempat dikongsikan utk semua.. Ade lagi cadangan..boley la tambah sendri ye???
Good Luck utk bakal ayah.
Dan jangan lupa dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz yang lengkap, mudah dan bertepatan dengan ajaran Islam. Hubungi Yun 019-3535052