Monday, May 13, 2019

Persediaan Bapa untuk Kelahiran Anak Pertama

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah berikan peluang untuk kita untuk menerima amanah yang teristimewa iaitu anak. Bukan semua orang di dalam muka bumi ini diberi peluang untuk menerima cahaya mata. Anak yang bakal mendoakan kita, menarik kita ke syurga InsyaAllah.

Jadi macamana? Dah bersedia nak menjadi seorang bapa? Layan je la kan..

Berikut adalah antara saranan admin yang berpengalaman baru 3 orang anak. 

1. Hospital
Sekiranya bil hospital bakal ibu dibawah tanggungan bapa, seharusnya bapa tahu mengenai surat pengesahan/guarantee letter - GL, tidak kiralah samada penjawat awam atau badan berkanun. Ambil tahu kelas wad yang layak dan kadar bayaran hospital. Bawa bersama surat pengesahan (GL) atau dokumen lain sekiranya berkaitan dengan anda untuk pengecualian bayaran di hospital kerajaan seperti kad kebajikan masyarakat, kad pencen atau surat sekolah. 

Kalau hospital swasta, ambil kira juga hidden cost sekiranya berlaku komplikasi contohnya pembedahan atau kes anak terpaksa masuk incubator dan sebagainya. Ambil tahu juga, berapa bayaran yang akan ditanggung pihak syarikat dan baki di bawah bayaran anda. Pendek kata bersiap sedia juga dari segi ekonomi.

Boleh la rujuk pada link di bawah untuk bayaran terkini hospital kerajaan:


Boleh juga rujuk pada link di bawah untuk bayaran hospital bersalin andorra yang tiptop tuh

Pakej Delivery Andorra

2. Rumah
Kebersihan dan penyusunan barang dalam rumah menjadi keutamaan dalam topik nih. Maklumlah selama 44 hari isteri anda akan berpantang dan ada pula 'orang baru'. Jadi pastikan kawasan kediaman anda bersih dari sawang-sawang dan habuk, bayi ni daya tahan penyakit nya kurang, kalau kawasan banyak nyamuk sediakan kelambu dan kalau jenis rumah dua tingkat, bagi memudahkan isteri, boleh samada station kan sahaja mereka di bawah atau jangan lupa khidmat delivery makanan ke bilik untuk minggu-minggu awal. Selain itu, tandas dan bilik air juga, pastikan bersih dan tidak licin. Biasanya isteri lebih sukakan tandas duduk selepas bersalin. Susunan barang-barang bayi seperti baju, pampers dan sebagainya biarlah mudah dicapai isteri yang sedang berpantang.

3. Dokumen untuk Pendaftaran Sijil Lahir Anak
Sijil nikah mane sijil nikah? 🤭🤭 Jangan ingat guna bawak pegi honeymoon je. Untuk senarai dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sijil lahir anak sila lah click link di bawah

https://www.jpn.gov.my/maklumat-kelahiran/pendaftaran-kelahiran-biasa/#1458271986746-b0b1e312-c399

Sila daftarkan kelahiran anak dalam tempoh 60 hari di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Bayaran adalah percuma, tapi kalau lewat RM 50.00. Boleh click link di bawah untuk cari cawangan berdekatan dengan anda.

https://www.jpn.gov.my/alamat-cawangan/

Begitulah alkisahnya tentang pendaftaran sijil lahir, ibu atau bapa salah seorang sahaja boleh pergi mendaftar, tapi lebih baik lah bapa, ibu berpantang dirumah sahaja. Bagaimanapun untuk anak tidak sah taraf, kedua ibu bapa hendaklah datang bersama.

4. Membersihkan dan menanam uri bayi
Ini memang senang sahaja insyaAllah dengan adanya Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Semua barang untuk membersihkan sehingga lah panduan menguruskan cara basuh, cara tanam, perkara-perkara khurafat yang perlu dielakkan semuanya lengkap. Harga set hanya RM20 sahaja. Boleh click dilink di bawah untuk order melalui WhatsApp

http://www.wasap.my/+60193535052


Percuma minyak kelapa dara dengan setiap pembelian Set Pengurusan Uri Papa Harraz

5. Persediaan Barangan Keperluan Bayi dan Ibu Berpantang

Yang ini admin akan kupas di post yang akan datang.. Sebab biasanya yang nih, encik suami keluarkan ongkosnya saja. Nanti kita bagi link di sini.

Sekian sahaja, anda dah bersedia nak menjadi bapa? 👍 All da best

Wednesday, May 8, 2019

Cara Mengazankan dan Iqamat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, kelahiran cahaya mata amatlah dinantikan oleh setiap pasangan berkahwin. Setelah 9 bulan isteri mengandung, kini tibalah detik-detik cemas yang ditunggu-tunggu. Mane tak nya, selama ini asyik menendang sahaja dari dalam perut, kini dia dah pun keluar.

Bayi baru lahir ibarat kain putih yang suci bersih. Jadi kita sebagai ibu bapa yang sebenarnya ramai terlupa, bahawa anak itu satu amanah yang pertanggungjawabkan oleh Allah di mana kitalah yang wajib untuk mendidik dan membesarkan anak mengikut cara kita sendiri ibarat mencanting corak yang indah pada kain putih itu.. Itulah yang sebaik-baiknya.

Mengazan dan mengiqamat anak tanggungjawab pertama seorang bapa sebaik-baiknya atau waris, sebagai simbolik memperdengarkan kalimah Allah yang agung sebagai perkara pertama yang kedengaran di telingan bayi. Azan yang mengagung-agungkan kebesaran Allah dan mengajak umat Islam ke arah kejayaan. Dan sebegitu lah hendaknya harapan kita sebagai seorang ibubapa yang menginginkan kejayaan anak di dunia dan akhirat.

Mengazan dan mengiqamat anak adalah perkara sunat yang boleh dilakukan setelah selesai sujud syukur atas tanda bersyukur akan kelahiran bayi (yang juga perkara sunat). Pegang bayi dan dakap pada dada. Azan pada sebelah telinga kanan dan kemudian iqamat pada sebelah telinga kiri. Lakukan dengan suara lembut dan sederhana kuat agar tidak menyebabkan bayi terkejut. Juga digalakkan untuk menghadap ke arah kiblat. Sekiranya para bapa atau waris tidak tahu arah kiblat, boleh lah bertanya kan pada jururawat atau nurse, mereka biasanya tahu tentang itu.

Setelah selesai azan dan iqamat, boleh la ditambah dengan surah al-ikhlas


Dan seterusnya doa kelahiran bayi seperti berikut




Begitulah cara ringkas cara mengazankan dan mengiqamatkan bayi baru lahir untuk panduan semua.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk menguruskan uri anak anda boleh menghubungi saya pada WhatsApp link di bawah 

😊😊 Selamat Menyambut Kelahiran Bayi 

http://www.wasap.my/+60193535052 





Wednesday, May 1, 2019

Sabun Bidara Natural and Homemade Eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz



Bidara sememangnya tidak asing lagi sebagai tumbuhan yang memberikan 1001 khasiat kepada pengguna dan pengamalnya. Bidara sering kali digunakan dalam perubatan islam bagi mengelakkan dari gangguan sihir, jin dan syaitan. Selain itu juga, bidara ternyata memberikan hasil kulit mulus dan cantik dek kerana khasiatnya untuk merawat jerawat dan kulit kering. Bau bidara juga mampu menjadi rawatan terapi relaxing untuk mereka yang sering stress, penat dan bermasalah.

Bidara sebenarnya bukanlah hanya terkenal sebagai tumbuhan yang berkhasiat dalam tradisi melayu. Hebatnya pohon bidara juga ada disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Malah terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang penggunaan daun bidara.

Hadis Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).


Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).

Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.

Hadis ‘Aisyah bahawasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa salam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :

تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.

“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)

Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.

 Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”

(HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan disahihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187

Begitulah cerita-cerita tentang khasiat sabun bidara yang kita bawakan eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk kegunaan membersihkan dan menghilangkan bau hanyir darah di tangan mahupun kawasan yang terkena darah sewaktu proses pembersihan uri. Eksklusif sangat kan...? Hanya dengan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Ianya homemade dengan kandungan natural tanpa SLS. 


Kalau rasa tak puas baca khasiat tentang bidara nih, boleh la terus google tentang khasiat-khasiat bidara. Ada yang sayang nak pakai sabun nih, sebab bau wangi sangat!!

Dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz eksklusif dengan Sabun Bidara Homemade and Natural 😍😍😍