Wednesday, May 8, 2019

Cara Mengazankan dan Iqamat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, kelahiran cahaya mata amatlah dinantikan oleh setiap pasangan berkahwin. Setelah 9 bulan isteri mengandung, kini tibalah detik-detik cemas yang ditunggu-tunggu. Mane tak nya, selama ini asyik menendang sahaja dari dalam perut, kini dia dah pun keluar.

Bayi baru lahir ibarat kain putih yang suci bersih. Jadi kita sebagai ibu bapa yang sebenarnya ramai terlupa, bahawa anak itu satu amanah yang pertanggungjawabkan oleh Allah di mana kitalah yang wajib untuk mendidik dan membesarkan anak mengikut cara kita sendiri ibarat mencanting corak yang indah pada kain putih itu.. Itulah yang sebaik-baiknya.

Mengazan dan mengiqamat anak tanggungjawab pertama seorang bapa sebaik-baiknya atau waris, sebagai simbolik memperdengarkan kalimah Allah yang agung sebagai perkara pertama yang kedengaran di telingan bayi. Azan yang mengagung-agungkan kebesaran Allah dan mengajak umat Islam ke arah kejayaan. Dan sebegitu lah hendaknya harapan kita sebagai seorang ibubapa yang menginginkan kejayaan anak di dunia dan akhirat.

Mengazan dan mengiqamat anak adalah perkara sunat yang boleh dilakukan setelah selesai sujud syukur atas tanda bersyukur akan kelahiran bayi (yang juga perkara sunat). Pegang bayi dan dakap pada dada. Azan pada sebelah telinga kanan dan kemudian iqamat pada sebelah telinga kiri. Lakukan dengan suara lembut dan sederhana kuat agar tidak menyebabkan bayi terkejut. Juga digalakkan untuk menghadap ke arah kiblat. Sekiranya para bapa atau waris tidak tahu arah kiblat, boleh lah bertanya kan pada jururawat atau nurse, mereka biasanya tahu tentang itu.

Setelah selesai azan dan iqamat, boleh la ditambah dengan surah al-ikhlas


Dan seterusnya doa kelahiran bayi seperti berikut




Begitulah cara ringkas cara mengazankan dan mengiqamatkan bayi baru lahir untuk panduan semua.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk menguruskan uri anak anda boleh menghubungi saya pada WhatsApp link di bawah 

😊😊 Selamat Menyambut Kelahiran Bayi 

http://www.wasap.my/+60193535052 





No comments:

Post a Comment