Monday, May 13, 2019

Persediaan Bapa untuk Kelahiran Anak Pertama

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah berikan peluang untuk kita untuk menerima amanah yang teristimewa iaitu anak. Bukan semua orang di dalam muka bumi ini diberi peluang untuk menerima cahaya mata. Anak yang bakal mendoakan kita, menarik kita ke syurga InsyaAllah.

Jadi macamana? Dah bersedia nak menjadi seorang bapa? Layan je la kan..

Berikut adalah antara saranan admin yang berpengalaman baru 3 orang anak. 

1. Hospital
Sekiranya bil hospital bakal ibu dibawah tanggungan bapa, seharusnya bapa tahu mengenai surat pengesahan/guarantee letter - GL, tidak kiralah samada penjawat awam atau badan berkanun. Ambil tahu kelas wad yang layak dan kadar bayaran hospital. Bawa bersama surat pengesahan (GL) atau dokumen lain sekiranya berkaitan dengan anda untuk pengecualian bayaran di hospital kerajaan seperti kad kebajikan masyarakat, kad pencen atau surat sekolah. 

Kalau hospital swasta, ambil kira juga hidden cost sekiranya berlaku komplikasi contohnya pembedahan atau kes anak terpaksa masuk incubator dan sebagainya. Ambil tahu juga, berapa bayaran yang akan ditanggung pihak syarikat dan baki di bawah bayaran anda. Pendek kata bersiap sedia juga dari segi ekonomi.

Boleh la rujuk pada link di bawah untuk bayaran terkini hospital kerajaan:


Boleh juga rujuk pada link di bawah untuk bayaran hospital bersalin andorra yang tiptop tuh

Pakej Delivery Andorra

2. Rumah
Kebersihan dan penyusunan barang dalam rumah menjadi keutamaan dalam topik nih. Maklumlah selama 44 hari isteri anda akan berpantang dan ada pula 'orang baru'. Jadi pastikan kawasan kediaman anda bersih dari sawang-sawang dan habuk, bayi ni daya tahan penyakit nya kurang, kalau kawasan banyak nyamuk sediakan kelambu dan kalau jenis rumah dua tingkat, bagi memudahkan isteri, boleh samada station kan sahaja mereka di bawah atau jangan lupa khidmat delivery makanan ke bilik untuk minggu-minggu awal. Selain itu, tandas dan bilik air juga, pastikan bersih dan tidak licin. Biasanya isteri lebih sukakan tandas duduk selepas bersalin. Susunan barang-barang bayi seperti baju, pampers dan sebagainya biarlah mudah dicapai isteri yang sedang berpantang.

3. Dokumen untuk Pendaftaran Sijil Lahir Anak
Sijil nikah mane sijil nikah? 🤭🤭 Jangan ingat guna bawak pegi honeymoon je. Untuk senarai dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sijil lahir anak sila lah click link di bawah

https://www.jpn.gov.my/maklumat-kelahiran/pendaftaran-kelahiran-biasa/#1458271986746-b0b1e312-c399

Sila daftarkan kelahiran anak dalam tempoh 60 hari di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Bayaran adalah percuma, tapi kalau lewat RM 50.00. Boleh click link di bawah untuk cari cawangan berdekatan dengan anda.

https://www.jpn.gov.my/alamat-cawangan/

Begitulah alkisahnya tentang pendaftaran sijil lahir, ibu atau bapa salah seorang sahaja boleh pergi mendaftar, tapi lebih baik lah bapa, ibu berpantang dirumah sahaja. Bagaimanapun untuk anak tidak sah taraf, kedua ibu bapa hendaklah datang bersama.

4. Membersihkan dan menanam uri bayi
Ini memang senang sahaja insyaAllah dengan adanya Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Semua barang untuk membersihkan sehingga lah panduan menguruskan cara basuh, cara tanam, perkara-perkara khurafat yang perlu dielakkan semuanya lengkap. Harga set hanya RM20 sahaja. Boleh click dilink di bawah untuk order melalui WhatsApp

http://www.wasap.my/+60193535052


Percuma minyak kelapa dara dengan setiap pembelian Set Pengurusan Uri Papa Harraz

5. Persediaan Barangan Keperluan Bayi dan Ibu Berpantang

Yang ini admin akan kupas di post yang akan datang.. Sebab biasanya yang nih, encik suami keluarkan ongkosnya saja. Nanti kita bagi link di sini.

Sekian sahaja, anda dah bersedia nak menjadi bapa? 👍 All da best

No comments:

Post a Comment