Wednesday, January 8, 2014

Pertama kali nak jadi bapa


Kehamilan pastinya akan menjadi satu perkara dan pengalaman indah yang dilalui oleh pasangan suami isteri sekiranya diharungi bersama-sama dengan nilai kasih sayang dan penuh penghargaan antara satu sama lain serta pihak suami isteri pandai memainkan peranan mereka masing-masing. Namun begitu, ada segelintir pihak suami tidak begitu memahami dan ada yang mengatakan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu isteri kesayangan mereka walaupun jauh di sudut mereka, berasa kasihan melihat isteri kesayangan mereka keletihan sewaktu melalui proses kehamilan.
Jangan risau…artikel ini takkan memeningkan kepala anda dengan tulisan yang meleret-leret, berat dan sarat untuk difahami oleh para suami. Sebab sememangnya kebanyakan lelaki memang sukakan sesuatu yang ringkas, padat dan hopefully zasss…masuk ke kepala..terus ke hati dan mudah dipraktikkan. Apa yang akan anda baca sebentar lagi kebanyakan adalah tanggungawab sebenar yang harus ditunaikan oleh suami dan artikel ini hanya bertujuan sebagai peringatan dan penambah perasa bagi mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Wahai suami ku sayang…

*****Sewaktu Kehamilan******
-Belikan baju yang sesuai untuk isteri yang mengandung supaya mereka senang utk keluar bekerja atau bersiap-siar dengan selesa dan paling penting menutup aurat.
-Bersama-sama mencari pilihan nama-nama yang baik untuk bayi yang bakal lahir
-Berbelanja dan bersama-sama menyediakan kelengkapan bayi seperti baju, katil dll
-Bersama-sama membaca surah-surah pilihan untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah
-Teman isteri pergi check up dan happening kan sket klinik kesihatan yang memang bosannn tuh
-Cuba dan usaha utk sediakan atau cari makanan yang diidamkan isteri
-Sentiasa alert dgn tingkah laku isteri..memang mereka kadang-kadang nampak cergas dan okay je nak wat ape-ape mcm driving ke tempat kerja..buat kerja rumah.  Tapi cuba anda bantu..contoh buat kerja rumah, pasti mereka akan tersenyum lebar
-Jika ada duet extra..boley lah belanja sket utk sertai prenatal class


******Menjelang Kelahiran dan Sewaktu Proses Kelahiran******
-Pastikan kenderaan anda “sihat”, sentiasa cukup minyak dan boley sampai ke hospital bersalin
-Make sure bawak ni ke hospital sewaktu nak bersalin:
+ ic suami isteri
+ kad merah
+ bag yang disediakan utk bakal ibu dan baby
-Ingat..anda perlu lakukan proses pendaftaran isteri anda utk masuk ke hospital.
-memaafkan isteri dan berdoa agar dipermudahkan proses kelahiran
-menemani isteri di bilik bersalin
-Bagi air dan kurma utk tenaga isteri sebelum masuk ke bilik bersalin
-Terima je lah sekiranya kena marah ke…dipicit ke…digenggam sekuat hati ke..sewaktu isteri bersalin. Redha….

*****Selepas Kelahiran*******
-Mengazan atau iqamah kan bayi
-ucapkan terima kasih plus jangan lupa I LOVE YOU pada isteri
-menguruskan proses pengambilan uri dari pihak hospital dan jangan lupa urus dan tanam dengan baik
-pastikan kenderaan “sihat” untuk bawa isteri dan baby balik ke rumah atau pulang berpantang ke kampung
-Menguruskan proses pendaftaran sijil kelahiran bayi dan seharusnya dah riki awal-awal dimana pejabat pendaftaran berdekatan.
-Menamakan bayi dengan nama yang baik

*****Sewaktu berpantang*******
-Jika berpantang di rumah sendiri, pastikan jaga isteri dan jgn benarkan isteri lakukan kerja rumah (maksudnya suamila yg kena buat kerja rumah..walaupun isteri ada di rumah)
-makesure dah ada tukang urut utk berurut jgn lebih dari seminggu lepas lahir
-sediakan air mandian utk isteri dan bayi. Biasanya isteri akan mandi air herba. Yang nih kena riki sket. 
-Belikan set supplement tak kira lah yg tradisional atau modern yang sesuai utk isteri bagi memulihkan kesihatan. Juga harus riki yang best2x utk isteri..tapi jgn la pulak pandai2 je pilih…tanya dulu ikut kesesuaian isteri
-Jaga anak yang lain dan cuba alihkan perhatian mereka dari ibu mereka yang ingin berehat walaupun mereka memang manja dengan ibu.
-Jika isteri berpantang di kampung, jgn lupa selalu telefon bertanya kabar walaupun sibuk mana anda tuh

Itu sahajalah yang sempat dikongsikan utk semua.. Ade lagi cadangan..boley la tambah sendri ye???
Good Luck utk bakal ayah.
Dan jangan lupa dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz yang lengkap, mudah dan bertepatan dengan ajaran Islam. Hubungi Yun 019-3535052




No comments:

Post a Comment