Friday, December 6, 2019

COD Set Pengurusan Uri Papa Harraz Seluruh Malaysia dan Brunei

Untuk ibu bapa yang masih tercari-cari Set Pengurusan Uri Papa Harraz dan ingin mendapatkannya sendiri di kedai-kedai. Berikut adalah Senarai Agent Set Pengurusan Uri Papa Harraz Malaysia, dan Brunei

1. ARAU, PERLIS
- TOKO AR-RAYYAN,
No 86, Jalan Tiga, 
Kompleks Tok Arau,
Arau, Perlis
013-200 6996

2. PORT DICKSON, NEG SEMBILAN
- SAYLEE LITTLE KIDZ,
910A, Jalan ds 3/1,
Bandar Dataran Segar,
Port Dickson, Neg Sembilan
018-906 2885

3. YONG PENG, JOHOR
- LITTLE KID’S NEST
NO 7-F1, Wisma Kota,
Taman Kota, Yong Peng
013-770 7066

4. BUKIT SUBANG, SELANGOR - near Pusrawi Kota Damansara!!!
- RASIDAH
Bukit Subang, Selangor
019-224 6000

5. SERI KEMBANGAN, SELANGOR
- LITTLE BABIES,
No 38, Jalan BPP 8/4,
Bandar Putra Permai,
Seri Kembangan, Selangor
03-8940 7647

6. PRIMA SAUJANA, KAJANG - near KPJ Kajang, Hospital Kajang!!!!
- BABY’S MART
G-06-GB, Jalan Prima Saujana 2/D,
Prima Saujana, Kajang
011-5989 7334

7. SUNGAI BULOH, SELANGOR
- BEBESOOKA
G-1-57, Jalan SP 11/3,
Seri Pristana, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
019-205 3431

8. PETALING JAYA, SELANGOR - near Klinik TTDI Sri Manja, Pantai Medical Center KL, Pertiwi Maternity!!!
- SIKDER BABY HOME
9-1, Jalan PJS 3/36,
Taman Sri Manja,
Petaling Jaya, Selangor
012-698 0699

9. SUBANG JAYA, SELANGOR - near Sime Darby Medical Centre, Sunway Medical Centre!!!!!!
- NURHAMIZAH,
USJ 16, Subang Jaya, Selangor
016-440 3156

10. SEREMBAN, NEG SEMBILAN - near KPJ Seremban, Hospital Tunku Jaafar
- SHARAITUL
Bandar Sri Sendayan, Seremban,
Negeri Sembilan
019-353 5052

11. LIMBANG DAN BRUNEI D.S
- HAZIRAH
016-346 1394


12.  KUALA LUMPUR
- LITTLE STAR BOUTIQUE
38, Jalan Megan Setapak,
Kuala Lumpur
019-278 8622

Kami masih membuka peluang pada mana-mana kedai barangan bayi dan orang perseorangan untuk menjadi agent Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Set pengurusan uri yang mudah, lengkap dan menepati syarak ini sememangnya menjadi pilihan ibu bapa muda kini. Dengan harga kompetitif, urus niaga yang mudah dan permintaan yang tinggi, kami mengalu-alukan pihak anda untuk menghubungi kami di talian
Kami juga menyediakan tempahan secara pukal dengan harga borong sebagai hadiah untuk hospital-hospital bersalin, kelas antenatal, kelas penyusuan bayi, dan sebagainya.

Set Pengurusan Uri Papa Harraz khas untuk para bapa menguruskan uri bayi dengan mudah dan menepati syarak. Anda dialu-alukan menghubungi agent berdekatan kawasan anda, atau whatapps utk urusan urusniaga secara online. Terima Kasih.

Monday, May 13, 2019

Persediaan Bapa untuk Kelahiran Anak Pertama

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah berikan peluang untuk kita untuk menerima amanah yang teristimewa iaitu anak. Bukan semua orang di dalam muka bumi ini diberi peluang untuk menerima cahaya mata. Anak yang bakal mendoakan kita, menarik kita ke syurga InsyaAllah.

Jadi macamana? Dah bersedia nak menjadi seorang bapa? Layan je la kan..

Berikut adalah antara saranan admin yang berpengalaman baru 3 orang anak. 

1. Hospital
Sekiranya bil hospital bakal ibu dibawah tanggungan bapa, seharusnya bapa tahu mengenai surat pengesahan/guarantee letter - GL, tidak kiralah samada penjawat awam atau badan berkanun. Ambil tahu kelas wad yang layak dan kadar bayaran hospital. Bawa bersama surat pengesahan (GL) atau dokumen lain sekiranya berkaitan dengan anda untuk pengecualian bayaran di hospital kerajaan seperti kad kebajikan masyarakat, kad pencen atau surat sekolah. 

Kalau hospital swasta, ambil kira juga hidden cost sekiranya berlaku komplikasi contohnya pembedahan atau kes anak terpaksa masuk incubator dan sebagainya. Ambil tahu juga, berapa bayaran yang akan ditanggung pihak syarikat dan baki di bawah bayaran anda. Pendek kata bersiap sedia juga dari segi ekonomi.

Boleh la rujuk pada link di bawah untuk bayaran terkini hospital kerajaan:


Boleh juga rujuk pada link di bawah untuk bayaran hospital bersalin andorra yang tiptop tuh

Pakej Delivery Andorra

2. Rumah
Kebersihan dan penyusunan barang dalam rumah menjadi keutamaan dalam topik nih. Maklumlah selama 44 hari isteri anda akan berpantang dan ada pula 'orang baru'. Jadi pastikan kawasan kediaman anda bersih dari sawang-sawang dan habuk, bayi ni daya tahan penyakit nya kurang, kalau kawasan banyak nyamuk sediakan kelambu dan kalau jenis rumah dua tingkat, bagi memudahkan isteri, boleh samada station kan sahaja mereka di bawah atau jangan lupa khidmat delivery makanan ke bilik untuk minggu-minggu awal. Selain itu, tandas dan bilik air juga, pastikan bersih dan tidak licin. Biasanya isteri lebih sukakan tandas duduk selepas bersalin. Susunan barang-barang bayi seperti baju, pampers dan sebagainya biarlah mudah dicapai isteri yang sedang berpantang.

3. Dokumen untuk Pendaftaran Sijil Lahir Anak
Sijil nikah mane sijil nikah? 🤭🤭 Jangan ingat guna bawak pegi honeymoon je. Untuk senarai dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sijil lahir anak sila lah click link di bawah

https://www.jpn.gov.my/maklumat-kelahiran/pendaftaran-kelahiran-biasa/#1458271986746-b0b1e312-c399

Sila daftarkan kelahiran anak dalam tempoh 60 hari di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Bayaran adalah percuma, tapi kalau lewat RM 50.00. Boleh click link di bawah untuk cari cawangan berdekatan dengan anda.

https://www.jpn.gov.my/alamat-cawangan/

Begitulah alkisahnya tentang pendaftaran sijil lahir, ibu atau bapa salah seorang sahaja boleh pergi mendaftar, tapi lebih baik lah bapa, ibu berpantang dirumah sahaja. Bagaimanapun untuk anak tidak sah taraf, kedua ibu bapa hendaklah datang bersama.

4. Membersihkan dan menanam uri bayi
Ini memang senang sahaja insyaAllah dengan adanya Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Semua barang untuk membersihkan sehingga lah panduan menguruskan cara basuh, cara tanam, perkara-perkara khurafat yang perlu dielakkan semuanya lengkap. Harga set hanya RM20 sahaja. Boleh click dilink di bawah untuk order melalui WhatsApp

http://www.wasap.my/+60193535052


Percuma minyak kelapa dara dengan setiap pembelian Set Pengurusan Uri Papa Harraz

5. Persediaan Barangan Keperluan Bayi dan Ibu Berpantang

Yang ini admin akan kupas di post yang akan datang.. Sebab biasanya yang nih, encik suami keluarkan ongkosnya saja. Nanti kita bagi link di sini.

Sekian sahaja, anda dah bersedia nak menjadi bapa? 👍 All da best

Wednesday, May 8, 2019

Cara Mengazankan dan Iqamat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, kelahiran cahaya mata amatlah dinantikan oleh setiap pasangan berkahwin. Setelah 9 bulan isteri mengandung, kini tibalah detik-detik cemas yang ditunggu-tunggu. Mane tak nya, selama ini asyik menendang sahaja dari dalam perut, kini dia dah pun keluar.

Bayi baru lahir ibarat kain putih yang suci bersih. Jadi kita sebagai ibu bapa yang sebenarnya ramai terlupa, bahawa anak itu satu amanah yang pertanggungjawabkan oleh Allah di mana kitalah yang wajib untuk mendidik dan membesarkan anak mengikut cara kita sendiri ibarat mencanting corak yang indah pada kain putih itu.. Itulah yang sebaik-baiknya.

Mengazan dan mengiqamat anak tanggungjawab pertama seorang bapa sebaik-baiknya atau waris, sebagai simbolik memperdengarkan kalimah Allah yang agung sebagai perkara pertama yang kedengaran di telingan bayi. Azan yang mengagung-agungkan kebesaran Allah dan mengajak umat Islam ke arah kejayaan. Dan sebegitu lah hendaknya harapan kita sebagai seorang ibubapa yang menginginkan kejayaan anak di dunia dan akhirat.

Mengazan dan mengiqamat anak adalah perkara sunat yang boleh dilakukan setelah selesai sujud syukur atas tanda bersyukur akan kelahiran bayi (yang juga perkara sunat). Pegang bayi dan dakap pada dada. Azan pada sebelah telinga kanan dan kemudian iqamat pada sebelah telinga kiri. Lakukan dengan suara lembut dan sederhana kuat agar tidak menyebabkan bayi terkejut. Juga digalakkan untuk menghadap ke arah kiblat. Sekiranya para bapa atau waris tidak tahu arah kiblat, boleh lah bertanya kan pada jururawat atau nurse, mereka biasanya tahu tentang itu.

Setelah selesai azan dan iqamat, boleh la ditambah dengan surah al-ikhlas


Dan seterusnya doa kelahiran bayi seperti berikut




Begitulah cara ringkas cara mengazankan dan mengiqamatkan bayi baru lahir untuk panduan semua.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk menguruskan uri anak anda boleh menghubungi saya pada WhatsApp link di bawah 

😊😊 Selamat Menyambut Kelahiran Bayi 

http://www.wasap.my/+60193535052 





Wednesday, May 1, 2019

Sabun Bidara Natural and Homemade Eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz



Bidara sememangnya tidak asing lagi sebagai tumbuhan yang memberikan 1001 khasiat kepada pengguna dan pengamalnya. Bidara sering kali digunakan dalam perubatan islam bagi mengelakkan dari gangguan sihir, jin dan syaitan. Selain itu juga, bidara ternyata memberikan hasil kulit mulus dan cantik dek kerana khasiatnya untuk merawat jerawat dan kulit kering. Bau bidara juga mampu menjadi rawatan terapi relaxing untuk mereka yang sering stress, penat dan bermasalah.

Bidara sebenarnya bukanlah hanya terkenal sebagai tumbuhan yang berkhasiat dalam tradisi melayu. Hebatnya pohon bidara juga ada disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Malah terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang penggunaan daun bidara.

Hadis Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).


Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).

Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.

Hadis ‘Aisyah bahawasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa salam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :

تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.

“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)

Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.

 Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. 

(HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan disahihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187

Begitulah cerita-cerita tentang khasiat sabun bidara yang kita bawakan eksklusif dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz untuk kegunaan membersihkan dan menghilangkan bau hanyir darah di tangan mahupun kawasan yang terkena darah sewaktu proses pembersihan uri. Eksklusif sangat kan...? Hanya dengan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Ianya homemade dengan kandungan natural tanpa SLS. 


Kalau rasa tak puas baca khasiat tentang bidara nih, boleh la terus google tentang khasiat-khasiat bidara. Ada yang sayang nak pakai sabun nih, sebab bau wangi sangat!!

Dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz eksklusif dengan Sabun Bidara Homemade and Natural 😍😍😍





Monday, April 29, 2019

Sunday, January 19, 2014

Jamu Paling Best Lepas Bersalin

Hari ini dengan rase rendah diri saya sebagai mummy anak satu yang brestfeeding anaknya 2 tahun nak berkongsi pengalaman tentang jamu yang paling best selepas bersalin.

Sebelum tuh..mari saya story sket.. Selain beli pakaian bayi..benda yang paling saya teruja untuk beli waktu pregnant adalah set selepas bersalin as known as jamu. Maklum la badan dah mengembang waktu bersalin..kembang sane..kembang sini.. nak la kembali semperti zaman dara gitu..

Jadi saya pon pegi satu toko jamu nih...zasss...zasss..zass...beli satu set yg meriah dgn param..jamu utk mkn...siap minuman ape lagi tuh.come together wit bengkung sume.  ape tidaknye..siapa yang xnak cantk menawan kan?? Harga xyah tanye la...memang atas rm300. Dah siap beli tuh letak kt tempat mudah dinampak supaya senang tak terlupa nak bawak balik kampung time pantang nanti..

Dan ape hasilnye???!! Kesemua jamu tuh dah pon selamat dalam bakul sampah..expired. La...kenape x makan?? Menangis kan??!! T-T beli banyak dan mahal2x, akhirnye..ke bakul sampah. Semua nya sbb baby saya tak serasi dgn jamu tuh..terlampau panas dan wat kan diye cirit birit kalu saya mkn jamu tuh.. sedey kan?? Saya kan breastfeeding mum.. Jenis jamu tuh biarlah saya rahsiakan shj sbb mungkin jamu tuh tak sesuai utk anak saya je.


Jadi saya nasihatkan pada ibu2x yang bercadang utk menyusukan anak selepas bersalin berfikirlah sebelum beli jamu.. Memang ada banyak jamu di pasaran nih...yang boleh sebabkan baby tak selesa perut. Tengok kat paket or box jamu tuh adakah sesuai untuk ibu menyusukan bayi.. atau anda akan jadi seperti saya yang kerugian.



Sayang nya waktu tuh..saya tak bertemu lagi dengan Shaklee. Shaklee ada menyediakan supplement yang tak menggangu perut bayi tapi still dapat mengembalikan kecergasan ibu selepas bersalin. Saya makan Shaklee bila badan dah rase letih2x, time anak dah umur setahun lebey..mungkin sebab tak mkn jamu langung..huhuhuhuu.. Hasilnya memang best selain dapat menambahkan susu badan.

Andai kata anda nak cuba jugak pakai jamu yang sapu2 badan..sewaktu breastfeeding..boley la beli yang paket2 berasingan. Macam param ke..ade jugak yang paket2x kecil tau.

Meh kita sambung semula pasal Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee mengandungi 3 supplement asas utama.. Set supplement nih juga dikenali sebagai set kecergasan badan dan boley gak dimakan oleh suami, mak , ayah anda tau. So kiranya...tiada istilah pembaziran malah boley dikongsi bersama.

Okay..3 supplement tersebut adalah

  • Vitalea- iaitu multivitamin yang membantu ibu kekal bertenaga sepanjang berpantang dan menguruskan kerja rumah yang ringan.
  • Vitamin B complex - dapat membantukan mengawal emosi ibu supaya ibu sentiasa tenang dan juga dapat mengurangkan stress
  • Vitamin C -membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak serta mencantikkan kulit
Selain tuh ada juga supplement tambahan yang disyorkan untuk ibu selepas bersalin seperti
  • Zinc Complex - berupaya mempercepatkan lagi penyembuhan luka seperti anda makan minyak ikan haruan
  • ESP - minuman kesihatan berasaskan soya yang memberi tenaga dan juga untuk kecantikan muka dan memeriahkan lagi susu badan. Selain tuh juga..ESP memang mengenyangkan jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet lepas bersalin.
  • Alfalfa - atau dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan bertindak sebagai milk booster serta mempunyai manfaat spt: menyingkirkan lemak dan kolestrol, melegakan keletihan, mencuci hati, darah dan usus, melawan alahan dan byk lagi.


Jadi kepada bakal-bakal ibu dan bapa sekalian..sila ambil perhatian ye. lebih baik beringat sebelum terkena spt saya.

Kepada mereka yang berninat utk mendapatkan Set Bersalin Shaklee bersama-sama Set Pengurusan Uri Papa Harraz of coz...just 

WhatsApp / SMS / Call
yun 019-3535052











Wednesday, January 8, 2014

Pertama kali nak jadi bapa


Kehamilan pastinya akan menjadi satu perkara dan pengalaman indah yang dilalui oleh pasangan suami isteri sekiranya diharungi bersama-sama dengan nilai kasih sayang dan penuh penghargaan antara satu sama lain serta pihak suami isteri pandai memainkan peranan mereka masing-masing. Namun begitu, ada segelintir pihak suami tidak begitu memahami dan ada yang mengatakan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu isteri kesayangan mereka walaupun jauh di sudut mereka, berasa kasihan melihat isteri kesayangan mereka keletihan sewaktu melalui proses kehamilan.
Jangan risau…artikel ini takkan memeningkan kepala anda dengan tulisan yang meleret-leret, berat dan sarat untuk difahami oleh para suami. Sebab sememangnya kebanyakan lelaki memang sukakan sesuatu yang ringkas, padat dan hopefully zasss…masuk ke kepala..terus ke hati dan mudah dipraktikkan. Apa yang akan anda baca sebentar lagi kebanyakan adalah tanggungawab sebenar yang harus ditunaikan oleh suami dan artikel ini hanya bertujuan sebagai peringatan dan penambah perasa bagi mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Wahai suami ku sayang…

*****Sewaktu Kehamilan******
-Belikan baju yang sesuai untuk isteri yang mengandung supaya mereka senang utk keluar bekerja atau bersiap-siar dengan selesa dan paling penting menutup aurat.
-Bersama-sama mencari pilihan nama-nama yang baik untuk bayi yang bakal lahir
-Berbelanja dan bersama-sama menyediakan kelengkapan bayi seperti baju, katil dll
-Bersama-sama membaca surah-surah pilihan untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah
-Teman isteri pergi check up dan happening kan sket klinik kesihatan yang memang bosannn tuh
-Cuba dan usaha utk sediakan atau cari makanan yang diidamkan isteri
-Sentiasa alert dgn tingkah laku isteri..memang mereka kadang-kadang nampak cergas dan okay je nak wat ape-ape mcm driving ke tempat kerja..buat kerja rumah.  Tapi cuba anda bantu..contoh buat kerja rumah, pasti mereka akan tersenyum lebar
-Jika ada duet extra..boley lah belanja sket utk sertai prenatal class


******Menjelang Kelahiran dan Sewaktu Proses Kelahiran******
-Pastikan kenderaan anda “sihat”, sentiasa cukup minyak dan boley sampai ke hospital bersalin
-Make sure bawak ni ke hospital sewaktu nak bersalin:
+ ic suami isteri
+ kad merah
+ bag yang disediakan utk bakal ibu dan baby
-Ingat..anda perlu lakukan proses pendaftaran isteri anda utk masuk ke hospital.
-memaafkan isteri dan berdoa agar dipermudahkan proses kelahiran
-menemani isteri di bilik bersalin
-Bagi air dan kurma utk tenaga isteri sebelum masuk ke bilik bersalin
-Terima je lah sekiranya kena marah ke…dipicit ke…digenggam sekuat hati ke..sewaktu isteri bersalin. Redha….

*****Selepas Kelahiran*******
-Mengazan atau iqamah kan bayi
-ucapkan terima kasih plus jangan lupa I LOVE YOU pada isteri
-menguruskan proses pengambilan uri dari pihak hospital dan jangan lupa urus dan tanam dengan baik
-pastikan kenderaan “sihat” untuk bawa isteri dan baby balik ke rumah atau pulang berpantang ke kampung
-Menguruskan proses pendaftaran sijil kelahiran bayi dan seharusnya dah riki awal-awal dimana pejabat pendaftaran berdekatan.
-Menamakan bayi dengan nama yang baik

*****Sewaktu berpantang*******
-Jika berpantang di rumah sendiri, pastikan jaga isteri dan jgn benarkan isteri lakukan kerja rumah (maksudnya suamila yg kena buat kerja rumah..walaupun isteri ada di rumah)
-makesure dah ada tukang urut utk berurut jgn lebih dari seminggu lepas lahir
-sediakan air mandian utk isteri dan bayi. Biasanya isteri akan mandi air herba. Yang nih kena riki sket. 
-Belikan set supplement tak kira lah yg tradisional atau modern yang sesuai utk isteri bagi memulihkan kesihatan. Juga harus riki yang best2x utk isteri..tapi jgn la pulak pandai2 je pilih…tanya dulu ikut kesesuaian isteri
-Jaga anak yang lain dan cuba alihkan perhatian mereka dari ibu mereka yang ingin berehat walaupun mereka memang manja dengan ibu.
-Jika isteri berpantang di kampung, jgn lupa selalu telefon bertanya kabar walaupun sibuk mana anda tuh

Itu sahajalah yang sempat dikongsikan utk semua.. Ade lagi cadangan..boley la tambah sendri ye???
Good Luck utk bakal ayah.
Dan jangan lupa dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz yang lengkap, mudah dan bertepatan dengan ajaran Islam. Hubungi Yun 019-3535052




Tuesday, October 8, 2013

Video Menanam Uri Bayi




Assalamualaikum... video di atas adalah ihsan seorang insan yang sudi share cara2x beliau menguruskan uri bayi beliau di You Tube. 

Sememangnya Set Pengurusan Uri Papa Harraz menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang diperlukan untuk menanam uri bayi seperti mana yang digunakan dalam video di atas.

Lengkap daripada sarung tangan latexx, asam, garam, kain putih berbentuk bag dan boleh diikat. Disediakan juga sabun bidara untuk menghilangkan bau hanyir darah yang dipercayai sejak zaman datuk nenek kita dapat menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

Dan yang paling penting sekali, Set Pengurusan Uri Papa Harraz turut menyediakan panduan yang lengkap, teratur dan padat dari A to Z serta larangan khurafat yang perlu dijauhi sewaktu menanam uri.

Untuk urusan pembelian Set Pengurusan Uri Papa Harraz, boleh whatapp terus
 019-3535052 Yun
Atau click sahaja link di bawah


http://www.wasap.my/+60193535052



Wednesday, October 2, 2013

Apa itu uri dan cara tanam dan basuh?

PERSOALAN DI BAWAH ADALAH SOALAN BIASA YANG KAMI DENGAR DARI BAPA MUDA

APA ITU URI??

Jawapan selalu dengar: Alaa..sarung baby yang keluar sekali  dengan baby tuh.

Jawapan sebenar: Lihat di bawah


Plasenta atau uri merupakan organ penghubung antara ibu dan janin, yang tumbuh dan berkembang bersama janin. Bahkan, asal usul plasenta sama dengan janin, iaitu dari zigot. Apa fungsi plasenta?


  • Mengolah  serta memberikan makan dan oksigen dari ibu kepada janin. Ibu menyalurkan kesemua bahan yang diperlukan untuk proses tumbesaran janin. Sebelum semua bahan dari ibu mengalir ke janin, bahan-bahan akan diproses terlebih dahulu oleh plasenta.
  • Membuang sampah dari tubuh janin. Sampah yang terkandung dalam darah janin kebanyakan gas karbondioksida (CO2). Daripada jantung janin, darah kotor itu akan dipam sehingga mengalir ke arah tali pusat dan kemudian masuk dalam aliran darah ibu untuk diproses menjadi darah bersih kembali.
  • Penyaring zat-zat berbahaya. Partikel-partikel seperti protein dan bakteria akan ditahan oleh plasenta. Sementara partikel yang lebih kecil akan dibenarkan masuk ke dalam aliran darah menuju janin.





BAGAIMANA RUPA URI??

Jawapan selalu dengar: urm.. lembik2x..

Jawapan sebenar: Lihat di bawah

 gambar uri


 gambar uri twins 


OWH..JADI KENA BASUH DAN TANAM LA YE?? 
MACAMANA NAK BASUH DAN TANAM TUH??

Jawapan selalu dengar: Basuh je la..pastuh time tanam ko letak bla...bla..bla... 
(TOLONG JANGAN PERCAYA SEMUA BENDA KHURAFAT TUH!)

Jawapan kami:

 Dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Kami menyediakan semua keperluan utk anda membasuh dan menanam uri anak anda beserta manual yang ringkas, padat dan mudah di fahami dan yang paling penting tidak bertentangan dgn syariat agama islam.





SET PENGURUSAN URI PAPA HARRAZ
WATSAPP/SMS/CALL YUN 019-3535052

Thursday, September 26, 2013

COD SET PENGURUSAN URI PAPA HARRAZ

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG DIHORMATI


BERITA BAIK UTK MEREKA YANG BERADA DI AMPANG, CHERAS, KUALA LUMPUR DAN KAWASAN SEKITAR SERTA MEREKA YANG BERADA DI SERI MANJUNG,PERAK


MULAI 4 OCTOBER 2013

COD SET PENGURUSAN URI PAPA HARRAZ HANYA AKAN DILAKUKAN HANYA DI:


1. KONDOMINIUM KOJAYA, AMPANG <MALAM SAHAJA>

click link di bawah utk melihat lokasi menerusi google maps

2. HOSPITAL SERI MANJUNG PERAK <ANYTIME>

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI PRODUK DAN COD HUBUNGI 

YUN 019-3535052 <SMS,WATSAPP OR CALL>


UNTUK KAWASAN-KAWASAN LAIN PENGHANTARAN ADALAH SECARA POS EXPRESS












Wednesday, May 22, 2013

Set Pengurusan Uri Yang Best dan Murah

Set Pengurusan Uri apa yang best dan mudah dan murah? Jawapannya Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Hehehehehhe..

Kenapa best? Sebab kami sediakan semuanya.. Pasu Periuk Tanah, Garam, Asam, Glove, Kain Putih berbentuk Bag, dan Manual Ringkas dan Lengkap Cara Utk Menanam Uri.

Tak payah risau lagi.. nk cari tempurung jantan la.. xtau mcmana nk tanam  la. Semuanya kami beritahu cara dan sediakan barang nya.

Jadi para bapa..para bakal bapa.. ape lagi sms / watsapp segera 019-3535052 yun. Boley COD di Bandar Puteri Klang..

Friday, February 1, 2013

Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi

Assalamualaikum semua... lame tak berblog tapi alhamdulillah masih ada pelanggan yang mahukan Set Pengurusan Uri Papa Harraz dan menjadikan set pengurusan uri kami satu keperluan untuk menyambut kelahiran baby mereka.

Hari nih admin Set Pengurusan Uri Papa Harraz nak berkongsi barang2x keperluan baby yang kebiasaannya menjadi wajib dibeli oleh ibu bapa yang mahukan segalanya get ready untuk cahaya mata kesayangan mereka.. Bilangan untuk pakaian khususnya tidak dinyatakan, sebab bagi admin itu bergantung kepada ibu bapa utk menilai sendiri tahap kerajinan mereka membasuh. hihihihiii...

and...here come the list..berserta ulasan sekadar utk penambah cerita..(yg admin suke nak crite je...)

1. Pampers-
utk pengetahuan bakal ibu dan bapa.. terdapat pampers yang khusus utk newborn yang menawarkan ciri istimewa iaitu ade ruang pada pampers yang dapat mengelakkan dari pampers baby terkena pusat baby yang masih lagi belum tanggal. Pampers mcm nih lebih selesa utk baby anda yang baru lahir dan belum tanggal pusat. Brape nak beli pampers nih??? satu lagi soalan menarik. sebaik-baiknya beli dgn bilangan sederhana..atau sikit je. sbb..ada kalangan baby nih yang kulit mereka sensitif dan hanya boleh menerima pampers jenis2x tertentu shaje...

2. Mittens and Booties
3. Changing Mat-
ada mcm2x jenis changing mat sekarang nih. ingat tak zaman kite dulu, yang stok gelembung2x angin getah..kaler pink biru. mesti ramai yang tahu kan? hahaha... bagus tuh.. tapi skrg ade yg boleh lipat punye, kalis air.. so, sng jer. kalau nak travel changing mat nih boleh di lipat kecil masuk dlm back pack. Bagi admin klu nak berjalan tuh changing mat nih mmg penting.maklumlah memang skrg byk sediakan changing room kat shopping complex.. tapi tahap kebersihannye... bayangkan.. dah brape byk bayi kat baring kat situ..kuman...kebersihan..bla3x...so, bawak lah changing mat sendri.. google jelah..byk jenis akan keluar, nak xnak je la..

4. Barut-ini utk elakkan bayi dari kembung perut
5. Topi
6. Handkerchief
7. Set Baju Lengan Panjang
8. Set Baju Lengan Pendek
9. Bedung-
Kalau dulu mesti bedung baby pakai kain napkin jer..tak pon selimut biase tp suke sgt sbb sekarang dah ada bedung modern, mcm sleeping bag gitu.. harituh nampak design bee ngan ladybugs.. so sweet. gi la google..cute tau baby tdo dlm tuh. mesti lena je...

10. Selimut
11. Tilam, bantal
12. Kelambu- ini utk rumah yang ade nyamok. tp, time baby admin baru lahir, ibu admin mesti pasangkan gak kelambu walau xde nyamok, katenye... kurang sket angin kipas kena kat baby, kalu tak nnti kesian diye lemas kena angin kipas.mcm filter gitu... yelaaa...baby kan baru keluar, tak biase lagi. tapi bagi admin, xyah xpe kot... baby ok je.

13. Toiletries spt shower foam, bedak, syampoo, lotion, baby oil...etc yang nih pon...beli yg travel pack je dulu. takot baby kulit sensitif.

14. Socks
15. Sepit kuku baby
16. Baby wipes
17. Spray Air- alaaa...yg org dok spray cm kat saloon tuh, nih admin gune utk cebuk muntut baby. Baby wipes pon gune jgk...tapi air lagi best kot...so, sng...tak pyh angkat2x baby gi kt sink..utk mumy yg tgh pantang... spray je...zassss....zassss... pastuh, lap gune tisu toilet... alaaa...muntut baby kan cumellll je... ade tong sampah siap kat tepi utk buang pampers lagi terbaek... dah siap lap2x buh tisu basah bucuk dlm pampers busuk tuh...bungkus...zasss...baling dlm tong smpah.. nnti hubby balik kije, diye tlg buangkan.. :)

18. Penuam Perut Baby
19. Minyak Telon - admin guna cap mustika ratu, bagus nih utk elak kembung perot, sapu tiap kali lepas mandi dan perot ngan tapak kaki baby. minyak yu yii cap limau pon boleh..tapi da makcik2x yg ckp..mcm pns sgt utk baby newborn nih... plus bau kuat sgt... sian kat baby newborn nih...

20. Rak Baju Baby

and byk lagi sbenar nye... tapi nih kire yg asas la.. sebelum lahir.. better siapkan semua nih dulu.. senang nnti..tak pyh encik hubby nak kena pegi shopping sorg2x.. d'all nih kdg2x bukan reti sgt...
kesian...dah penat berdebar anak baru nk keluar, kena tendang ke, cubit ke, genggam kuat2x ke.. dlm labour room tuh ngan wife..tanam uri baby, kejar2x balik hosp umah, hosp umah... pastuh kena carik brg baby sendri plak lagi. so, ape yg kita boleh sediakan awal... sediakan dulu..

bab stroller la...baby seat la..changing table la, baby cot sume bagai... ikot keperluan... xyah beli dulu pon xpe.. ade byk lagi mase boley riki kat rumah.

and jgn lupe... utk para ayah, daddy, papa, abah, walid... boleh dapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz...senang nak tanam uri baby sendri je...

SMS, call or watsapp anytime... 019-3535052 Yun..




Tuesday, September 18, 2012

Perkara Khurafat sewaktu Menanam Uri

Update 4 May 2019

Hi selamat pagi, jom baca nih...

Situasi Satu:

Perbualan telefon...

Anak: Mak jadik datang tak? Ani (bukan nama sebenar) bersalin hujung bulan nih.
Mak: Mak tak dapat datang la. Ada hal di kampung nih, nanti kamu balik la ye. Pantang di sini.
Anak: Abis tuh, macamana nak tanam uri baby nih nanti mak?
Mak:  Alaa...kamu basuh je elok2x, pastuh letak dalam tempurung jantan untuk tanam.
Anak: .......... Tempurung jantan tuh macamana mak? Mana nak carik kat bandar nih???

Situasi Dua:

Petikan dari iklan di Facebook. Lupe nak printscreen, carik balik dah xjumpe. but believe me there's someone who wrote dis...

Bidan XXXXX : Kepada mereka yang hendak bersalin. Saya ada menyediakan perkhidmatan untuk 
                          menanam uri. Jangan simpan lama-lama uri bayi dalam peti sejuk 
                          hospital nanti bayi selsema, semput. Ramai yang dah mengalaminya..

Situasi Tiga (Lagi "tips-tips konon" untuk menanam uri):

1. Masa tanam tuh, letak sekali pencil supaya baby jadi orang pandai. 
2. Jangan tanam uri pada waktu malam nanti baby kulit gelap. 
3. Letakkan sekali beberapa keping duit syiling masa tanam uri biar baby murah rezeki.
4. Nyalakan unggun api berdekatan dengan kawasan tanam uri, supaya tiada makhluk halus 
    mengganggu
                         
Dan macam-macam lagi la.. tak larat dah nak tules. Itu belom bab hantu penanggal yang kononnya akan makan uri baby kalau tak ditanam cepat. Malas sungguh nak type lagi..hahaha...

Kasihan sungguh pada mereka yang mempercayai perkara-perkara di atas. Jadi tolong la jangan percaya, especially yang situasi tiga tuh, khurafat tuh sayang-sayang semua...

Menguruskan uri bayi adalah perkara yang baik, jadi jangan cemarkan ia dengan perkara-perkara khurafat nih. Uruskan uri bayi anda seberapa elok yang anda boleh lakukan...

Antara barang-barang yang disediakan dalam Set Pengurusan Uri Papa Harraz mempunyai fungsi-fungsi tersendiri dan tidak sama sekali bercanggah dengan hukum agama.

  1. Beg Kain Putih
  2. Sarung Tangan Latexx
  3. Apron
  4. Sabun Bidara
  5. Asam
  6. Garam
  7. Tuala
  8. Manual Penggunaan 
Hubungi no dibawah untuk info lanjut





Tuesday, August 14, 2012

Set Pengurusan Uri Papa Harraz

Set Pengurusan Uri Papa Harraz

Mengandungi Pasu Tanah Liat, Bag Kain Putih, Garam, Asam Jawa, Sarung Tangan Latexx dan Panduan Menanam  Uri   

Harga: RM 25 sahaja

 Set Pengurusan Uri Papa Harraz boleh didapatkan secara COD di Bukit Tinggi, Klang

atau pos laju terus ke rumah atau tempat kerja anda

dengan cara...

Call or sms or viber or watsap 

YUN 019-3535052

*Harga Pos Laju ialah RM 15 shaja utk seluruh Semenanjung Malaysia, RM 25 untuk Seluruh Sabah dan RM 23 untuk Seluruh Sarawak

Beli Set Pengurusan Uri

Set Pengurusan Uri Papa Harraz mempunyai pelbagai medium pasaran untuk pelanggan kami. Untuk masa sekarang, sila Whatapps pada link dibawah untuk order.

http://www.wasap.my/+60193535052

Kami juga dalam proses untuk penjualan secara online di SHOPEE dan LAZADA. Jadi tunggu dan dapat kan link kami nanti untuk free shipping!!!!!

Order Set Uri di Shopee

Order Set Uri di Lazada

Penghantaran secara poslaju ke rumah anda mengambil masa kurang dari 3 hari InsyaAllah bergantung kepada tempat dan hari.

Selain itu, untuk mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz secara Cash on Delivery sila click pada link whatapps di atas bagi mendapatkan agent-agent di kawasan anda. InsyaAllah mereka sedia membantu.

Anda juga boleh mendapatkan tips-tips keibubapaan dan maklumat mengenai produk kami di Facebook Page Set Pengurusan Papa Harraz atau click saja pada link di bawah


https://www.facebook.com/setpengurusanuripapaharraz/

Mudah dan senang kan?? Kami sedia menunggu untuk berurusan dengan pihak tuan/puan. =)



Tuesday, April 3, 2012

Beli Set Uri Borong

Peluang dan Untung Berniaga Barang Bayi


Assalamualaikum. Di zaman yang serba mencabar ini, masing-masing berlumba untuk mencukupkan keperluan hidup bersama menaikkan taraf ekonomi keluarga masing-masing untuk hidup lebih teratur insyaAllah.

Dan seperti yang dijanjikan olehNya sebahagian besar rezeki datang dari perniagaan. Percayalah tiada sebarang produk pun yang kita tak boleh jual. Melainkan kita sendiri malas, maaf yang tuh kami tak boleh nak tolong.

Dikesempatan ini, Set Pengurusan Uri Papa Harraz ingin membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjual set pengurusan uri kami yang sememangnya telah bertapak sejak tahun 2011 lagi. Set pengurusan uri yang lengkap, mudah dan menepati syarak dengan manual yang lengkap, dengan packaging yang lebih eksklusif, harga yang kompetitif dan usaha dari pihak kami untuk menggiatkan aktiviti komersial produk insyaAllah dapat membantu Set Pengurusan Uri Papa Harraz ke tahap yang lebih baik.

Pihak Set Pengurusan Uri Papa Harraz bersiap sedia untuk memenuhi order dari pihak tuan/puan pada bila-bila masa dan akan menyenaraikan agent-agent yang terlibat dalam usaha penjualan set pengurusan uri di muka depan Facebook Page dan Website kami bagi memudahkan carian pelanggan.

Jadi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz dengan harga borong, untuk peniaga kedai barangan bayi, peniaga online barangan bayi, jururawat, bidan, tukang urut, mereka yang tinggal berdekatan dengan hospital bersalin atau sesiapa sahaja.. sila lah berhubung dengan kami di link seperti di bawah




Bantuan pengiklanan seperti flyer akan diberikan kepada peniaga yang berminat dan kami menyokong penuh usaha agent untuk memasarkan Set Pengurusan Uri Papa Harraz. Jangan lepaskan peluang mudah untuk berniaga bersama kami =)

Sunday, February 12, 2012

Set Pengurusan Uri Harga Murah

SET PENGURUSAN URI MURAH

Terdapat banyak set pengurusan uri yang terdapat di pasaran. Tapi yang paling MUDAH, LENGKAP dan MURAH semestinya....

SET PENGURUSAN URI PAPA HARRAZ

Berikut adalah senarai barangan yang terdapat dalam set pengurusan uri kami...

  • Bag Kain Putih- sedia dijahit dan mempunyai tali untuk diikat
  • Asam- mengurangkan bau hanyir darah
  • Garam- mengurangkan bau hanyir darah
  • Sarung Tangan Latexx-mengelakkan dari bau darah melekat ke tangan
  • Apron- mengelakkan dari terkena percikan darah dan air basuhan uri ke baju
  • Sabun Bidara- bau wangi untuk basuhan tangan dan kawasan selepas selesai membersihkan uri. Bau bidara juga dipercayai ditakuti oleh jin dan syaitan serta boleh menjauhkan dari perbuatan sihir.
  • Tuala
  • Manual Penggunaan - lengkap dengan cara-cara penggunaan dan ingatan perkara-perkara khurafat. 

Dengan harga jualan : RM20 sahaja anda dapat semua di atas untuk bakal bapa. Buat apa nak belanja lebih kalau dah ada yang murah tapi kandungan tip top!!

Bukan apa tau, waktu -waktu menyambut kelahiran bayi nih, para ibubapa pastinya sibuk. Jadi tak perlulah nak kecoh-kecoh mencari segala benda kelengkapan lagi untuk menanam uri. Nak pikir macamana nak tanam lagi.

Semuanya dah disediakan, tinggal buka box Set Pengurusan Uri Papa Harraz baca manual, gunakan semua yang dah disediakan. InsyaAllah settle. 

Jadi Set Pengurusan Uri Papa Harraz ini, sesuai sangat untuk dihadiahkan kepada para suami, kawan yang bakal menerima cahaya mata, untuk majlis baby shower tuh kan. Harga ekonomi dan memang berguna sangat. Tak sia-sia.

Click link di bawah tau untuk urusan pembelian


http://www.wasap.my/+60193535052




Set Pengurusan Uri Papa Harraz

Set Pengurusan Uri Papa Harraz lengkap, mudah dan mengikuti syarak. Set pengurusan uri ini lengkap dengan barang-barang keperluan untuk membersihkan uri bayi seperti berikut:

  1. Beg Kain Putih berjahit dan bertali siap sedia untuk diikat
  2. Sarung Tangan Latexx- pakai dan buang selepas dibersihkan
  3. Apron Pakai Buang- pakai dan buang selepas dibersihkan
  4. Asam- untuk membuang bau hanyir darah
  5. Garam- untuk membuang hanyir darah
  6. Tuala
  7. Sabun Bidara (telah digunakan sejak turun temurun dari zaman dahulu bagi mengelakkan dari gangguan sihir, jin dan syaitan)
  8. Manual Penggunaan (lengkap dengan cara-cara membasuh dan menanam uri serta perkara-perkara khurafat yang perlu dielakkan)


Set Pengurusan Uri Papa Harraz ternyata membantu para bapa lebih mudah untuk menguruskan uri bayi mereka. Alangkah baiknya jika para bapa mengambil peluang dan pengalaman menguruskan sendiri uri bayi. Bukannya senang nak dapatkan peluang ni...



Buah jambu di bawah tangga,
Buah kelapa di hujung desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau urusan pembelian melalui whatsapp. Click pada di bawah ye...



Dapatkan segera untuk keperluan diri sendiri, hadiah untuk para suami dan bakal ibu bapa, hadiah untuk majlis baby shower, hadiah melawat bayi dan sebagainya.